penaja

Thursday, February 28, 2013

5 Kisah Kematian Paling Pelik Di Dunia

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. Ayuh kita ikuti sebahagian daripada kisah tersebut.


1. Meninggal kerana janggut 
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati. 


2. Meninggal kerana menendang peti 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya. 


3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler 
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler. 


4. Meninggal kerana kulit jeruk 
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah. 


5. Meninggal kerana menahan buang air kecil 
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.

Sunday, February 17, 2013

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.                                                                                              
                                                                                                                                   
                                                                                                                                  
 DAFTAR ONLINE DISINI: bl1m.my/daftaronline.html

Wednesday, February 6, 2013

Rebate RM200 Telefon untuk belia

REGISTER OPEN!


info

1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?
J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.


2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?
J: Syarat kelayakan adalah:

Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.





3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?

J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. 



4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?

J: Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat. 



5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?

J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.


6. S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ? 
J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. 



7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus. 


8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?
J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013. 


9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan? 
J: Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa



10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?

J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut. 


11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?

J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut. 



12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk
menuntut rebat tersebut ?

J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut. 



13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?

J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013. 


14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?

J: Permohonan tidak berjaya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
Anda telah mendaftar lebih daripada sekali


15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?

J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.



16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?
J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 



17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?

J: Tidak layak. 



18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
J: Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada. 


19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah. 


20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

  klik disini untuk mendaftar

http://komunikasibelia.skmm.gov.my

@ klik disini

   http://nbi.skmm.gov.my/Advertorial/PKB.pdf

Tanah perkuburan islam mewah

Al Azhar Memorial Garden yang terletak di Jakarta adalah tanah perkuburan mewah Islam yang sharia compliant pertama di Indonesia. Tanah perkuburan ini seluas 25 hektar dan mempunyai 5000 lot kubur. Lot kubur dijual secara individu, pasangan, berempat atau makan besar untuk keluarga. Bayaran pemakaman bermula dari 25 Juta Rupiah (RM 7970) untuk lot persendirian dan meningkat sehingga 8 Billion Rupiah (RM 2.5 Juta) untuk makan keluarga. Jika pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan milik kerajaan anda perlu membayar RP 6 (RM 1900) Juta tetapi terdapat sewa bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan. Tiada bayaran bulanan atau sewa tahunan dikenakan di Al Azhar. Pihak Al Azhar akan menguruskan jenazah pelanggan dan menyediakan segala keperluan untuk ahli keluarga pada hari pengkebumian. Disamping itu khidmat keselamatan 24 jam juga disediakan.




Kreatif Inovatif-Phone Glove -

Sarung tangan inovatif ini bukanlah sarung tangan biasa, sebab aksesoris yang satu ini dilengkapi denganspeaker, microphone, dan tombol yang memungkinkan penggunanya untuk berbicara hanya melalui gesture tangan.



Sarung tangan ini Aksesoris ini didesain oleh seorang desainer Italia dari sebuah perusahaan bernama hi-Fun. Uniknya, sarung tangan yang dijuluki “hi-Call” ini compatible dengan segala macam jenis handphone. Jadi apa pun jenama handphone-nya, si pengguna tetap boleh mengaktifkan bluetooth dengan sarung tangan ini.

 kain dan dapat dicuci. Kemampuannya mampu menjagkau bluetooth hingga jarak 12 meter dan melakukan talk time selam 20 jam dalam sekali charge.





Straw Yang Hebat dan Canggih

Jika Anda seorang pengembara sejati, maka kini Anda tak ada lagi keraguan untuk meneguk setiap air yang Anda temui di setiap perjalanan Anda. Sebab melalui sedutan yang disebut LifeStraw ini, setiap orang dapat menikmati air yang sehat dan bersih tanpa was-was.

LifeStraw adalah semacam alat filter air portable yang di desain oleh Vestergaard Frandsen. Sedutan moden ini adalah alat filter air yang tidak menggunakan bahan kimia, baterai, ataupun motor penggerak sekalipun. LifeStraw berbentuk sedutan yang memiliki panjang 310 mm dan berdiameter 30 mm.
Alat ini berbahan plastik dan dilengkapi dengan metode filtre air yang aman. Menurut hasil penelitian, air hasil sedutan dari LifeStraw ini mampu menghilangkan sekitar 99.9% parasit dan bakteria dalam air.