penaja

Thursday, June 30, 2011

kelakor bebeno

01- Mencuri 
Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!




02- Raba 
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, nita geram melihat suaminya Saad yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saad. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saad. tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saad: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
nita: Ya, saya percaya.
Saad: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...




03- Kahwin 
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!


04- Benda Lain
Sincan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Gorila dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.
Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Gorila: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Gorila: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Gorila: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...





05- Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nasir terpandang Azami sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Azami.
Nasir: "Kenapa menangis?"
Azami: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nasir: "Awak takut ke?"
Azami: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Azami, Nasir pula menangis.
Azami: "Eh...kenapa pula awak menangis?"



Nasir: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"Kindle, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology - includes Special Offers & Sponsored ScreensaversKindle, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology - includes Special Offers & Sponsored ScreensaversKindle, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology - includes Special Offers & Sponsored Screensavers



  nama dan watak yang tertera adalah rekaan semata-mata..
.tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.
.sekadar hiburan untuk kita semua...                                         sowie yerrr,,,,,,,,

SERAH PADA YANG ATAS


         Pada suatu hari Sifaizal diminta oleh isterinya mengambil buah rambutan dikebun.Dengan lemaunya sifaizal pun memanjat pokok rambutan yang sedang ranum buahnya.
           Sedang sifaizal memanjat pokok rambutan,
 tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ‘bercekerama’.
  Maka berdirilah bulu roma Sifaizal.
 Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.
         Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara.       
       
perempuan;;“Abang macamana kalau saya hamil nanti?

perempuan;;Abang kena bertanggung jawab.”!

lelaki       ;;“Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas,

 ”( jawab si lelaki.)
         
             Sifaizal terperanjat lalu dia berteriak, “Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah,
 senang-senang nak serahkan semuanya pada aku!
           Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!

           tidak ada sangkut paut dengan yang hidup mahu pun yang dah meninggal dunia,,,,,
              ,hanya sekadar hiburan semata-mata,
                   tapi yang pasti maksiat itu suatu dosa,,,,,,,

Wednesday, June 29, 2011

JOM BELAJO BAHASE JEPON

mari belajar bahasa jepon...sumber rujukan ,nasirsun,,takeshi,,prof RAISKAKI.tarakasi..
,kalau salah jangan mara,,,,sekadar  hiburan saja...




,01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab – AKUMI CIPUTBABI




     ,JANGAN MARA...... ARRRR.......ARIIII ,,,,..GATOOOO....KUDAIII...MASS

MEMO Staff AI ,

Staff Sekalian

30.JUNE.2011



Perhatian kepada semua staff AI. Berkuatkuasa pada
tahun 2012, syarikat ini akan menguatkuasakan
peraturan baru kepada semua staff.(5 bulan dari sekarang)

Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

1. PENGANGKUTAN.

 *Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah
atau kereta Honda,
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah,
jadi tiada
kenaikan gaji.

 *Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih
dari 10 tahun,menunggang motosikal
atau menggunakan pengangkutan awam, kami
mengandaikan anda mempunyai
banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

 *Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada
proton atau perodua,(kereta baru)
kami mengandaikan anda telah berada di level yang
sepatutnya, jadi
tiada kenaikan gaji.

2. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam
setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

3. CUTI SAKIT

Mulai 2012 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit
dari Doktor.
Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik
untuk dapatkan MC,
anda tentu boleh pergi kerja juga.

4. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa
terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2012setiap seorang hanya
boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5
minit secara 
automatiknya bekalan air akan terputus.

5. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi
seperti membaca e-mail,facebook
, chatting dan games akan dikenakan bayaran
RM2.00 sejam (sama
seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak
dari gaji anda.(PIC @ GPS
 akan memantau anda)





6. AMARAN KERAS !
SULAIMAN ALKALAKE"N.
Di haramkan menggunakan(menyentuh)computer dipejabat ini.



Sebagai permulaan 89%staff di syarikat ini tidak
mendapat gaji selama
2 bulan, ini kerana harga penggunaan eletrik dan  internet sahaja
telah melebihi 2
bulan gaji anda.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat disyarikat ini.
Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sebarang pertanyaan,komen,aduan,kekecewaan,
Sakit hati,bantahan,caci maki,maki hamun
boleh disalurkan ketempat lain...

Sekian, terima kasih               yang menjalankan tugas                          
                                                                       saM,CEO,AMNA,KO,PIO                                          

seringgit punya pasal


KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM1, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota cedera kaki kanan dan badan selepas dibelasah rakan sebaya di hadapan sekolah berkenaan, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dibelasah kerana enggan memberi wang.

Pelajar yang memukul mangsa juga dikenali sebagai ‘samseng junior’ di sekolah itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah sebelum dihampiri pelajar terbabit.

Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, pelajar terbabit meminta RM1.

“Mangsa mendakwa tidak memilik wang sebelum cuba meninggalkan kawasan berkenaan.
“Keengganan mangsa mengundang padah apabila pelajar itu sekali lagi menghalangnya dan mengugut untuk mencederakannya,” katanya.

Sumber berkata, sangkaan mangsa pelajar terbabit tidak berani memukulnya meleset apabila bajunya ditarik sebelum berlaku pergelutan.
Sumber berkata, pelajar terbabit beberapa kali menendang badan mangsa dan ketika itu mangsa merayu dikasihani.

“Pelajar terbabit melarikan diri selepas pengawal keselamatan sekolah itu yang menyaksikan kejadian berkenaan bergegas untuk membantu mangsa,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, 

petikan dari harian metro...

kesian jadi lelaki tak hansome cam aku...



Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

NENEK RAIS


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rais pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rais" nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengerjakan kebun nenek…”

Rais : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Semua yang ada di kebun nenek, ternakan, villa, traktor, untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa siram tiap-tiap hari tanaman nenek.”kalau tak mati nanti.


Rais : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang perkara itu… Tapi dimana kebun nenek? Rais tak pernah tahu pun..”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rais : “@#%&^$#@@@@@////

kaki skodeng

grandma flexible....

sama tapi x serupa

ayam pun pelik tengok org ni......

Tuesday, June 28, 2011

hujan ikan

                                              In Japan on Jun-July 2009                        


Pernakah anda mendengar tentang 'hujan ikan'? Fenomena ini perna berlaku di utara Australia, Japan, dan terdapat juga di kawasan-kawasan yang lain. Semua ikan tersebut masih hidup semasa jatuh ke tanah. Menurut seorang ahli meteorologi, fenomena ini berlaku disebabkan oleh puting beliung. Di mana puting beliung akan menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkan pada jarak ratusan kilometer jauhnya. Adakah anda setuju terhadap kajian yang telah dibuat oleh ahli meteorologi ini? Fikir-fikirkan lah yea..: )


                                             
   Fish Rain in Northern Australia, 1989.
          
    klu ,,,,kat malaysia cam ni ,x yah gi pasar nak beli ikan.....

FAKTA FAKTA PELIK


  1. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  2. Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  3. Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  4. Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
  5. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  6. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  7. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  8. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.
  9. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
  10. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  11. Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
  12. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  13. Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  14. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  15. 'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  16. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut 'Bicth' (perempuan jalang).
  17. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
  18. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
  19. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
  20. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
  21. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
  22. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
  23. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri
  24.  Jika dihimpunkan kesemua arang, minyak dan gas di seluruh planet bumi, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
  25. Porpoise, sejenis ikan paus yang bermuncung seperti ikan lumba-lumba, akan berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika sedang tidur. 

emm....pelik-pelik juga fakta  ne kn.... 

Kera jadi anak susuan.


KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila perasaan terlalu sayangkan anak kera yang dipelihara tidak ubah seperti anak kandung sendiri menyebabkan seorang wanita sanggup menyusukannya.

Malah, anak kera berkenaan turut diberikan layanan sama seperti bayi apabila dipakaikan pakaian bayi dan kelengkapan lain.

Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, perbuatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Perhilitan menerima aduan daripada jiran seorang wanita memelihara seekor anak kera di rumahnya di sekitar ibu kota sehingga menyebabkan ketenteramannya terganggu selain mengotorkan kawasan.

Susulan itu, sepasukan pegawai Perhilitan melakukan pemeriksaan ke rumah wanita berkenaan dan tidak menemui sebarang bukti kekotoran atau bunyi bising seperti didakwa jiran.
“Kami hanya menemui seekor kera jantan dalam rumah itu dipercayai dipelihara wanita terbabit tanpa lesen.

“Wanita itu mendakwa memelihara kera itu ketika baru dilahirkan,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan sanggup memberikan payu daranya untuk disusukan kepada anak kera berkenaan setiap hari.

Malah, wanita terbabit turut membelikan susu bayi tambahan untuk diberikan kepada kera berkenaan.

“Siasatan mendapati, kera itu diberikan layanan istimewa sama seperti bayi biasa apabila turut dipakaikan lampin pakai buang yang ditukar setiap hari.

“Wanita berkenaan didapati tiada anak menyebabkan dia melayan kera itu sebagai anak,” katanya.

Menurutnya, menyedari wanita terbabit tiada permit atau lesen untuk menyimpan hidupan liar, pegawai Perhilitan terpaksa merampas haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu merayu supaya kera terbabit tidak dirampas sambil meratap hiba seolah-olah kera itu anak kandungnya.

“Walaupun kera itu nampak jinak, dipelihara seperti anak manusia, ia masih hidupan liar dan mempunyai naluri buas dan boleh bertindak di luar jangkaan,” katanya.

bermakna benarlah pepatah melayu,kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.namun dalam situasi ini si wanita yang menyusukan anak kera tersebut tidak mempunyai anak,tapi peliknya dia boleh menyusukan tetek untuk anak kera.ada susu ke?macammana iyer?
wanita ini begitu kepingan nak anak sehingga anak kera yang baru ahir dari mana datangnya itu sanggup dijaga seperti anak kandung.sedangkan ada wanita lain yang sanggup buang anak merata tempat tak bersyukur dapat anak.

PENEMUAN RANGKA MANUSIA GERGASI

malas nak citer banyak,,,,so korang tegok jer la gambar gambar kat bwh ni,,,,aku pun x pasti sama ada ianya tulin,,atau pun x......................................................... 


 

kejadian buah yang pelik


Buah berbentuk wajah?
Beberapa buah yang dikatakan pelik telah menarik perhatian orang ramai yang datang berkunjung untuk melihatnya sendiri. Kebanyakkan buah – buah tersebut memiliki mata, hidung dan mulut iaitu lebih jelas lagi, sebentuk wajah yang aneh seakan-akan wajah seorang manusia. Ada juga pihak yang mendakwa ianya hasil dari kerja tangan mereka yang pakar dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, kebanyakkan dari penduduk yang tinggal di kawasan setempat memang sudah biasa dan lali dengan fenomena sebegini, tetapi bagi kebanyakkan orang luar, ianya memang dianggap perkara aneh dan luar biasa. Apatah lagi jumlah buah yang ada begitu banyak bilangannya. Dan yang menjadi persoalan, apakah puncanya?…