penaja

Thursday, June 16, 2011

NEW MYVI


KUALA LUMPUR


                     Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) perlu bersedia untuk mengalih fokus perniagaan daripada juara domestik atau jaguh kampung kepada syarikat pengeluar kereta tempatan berstatus global.                         

                     Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata beliau percaya Perodua mampu meneroka pasaran lebih luas di luar negara terutama dengan bantuan pemegang saham dan rakan teknologinya.

                     “Kerjasama dengan syarikat automotif terkemuka, Daihatsu Motor Company Jepun (DMC) misalnya akan membolehkan Perodua menembusi pasaran serantau dan global secara lebih meluas.
                     “Jadi, menjadi harapan saya melihat Perodua berjaya di pasaran domestik, berkembang dan menjadi jenama dikenali global,” katanya ketika berucap melancarkan model Perodua Myvi terbaru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.


                            INFO MYVI BARU
     
        *MENGGUNAKAN ENJIN 1.3L
        *MEMPUNYAI BEG UDARA DAN SISTEM NAVIGASI MULTIMIDIA
        *DIDATANGKAN DENGAN ENAM VARIAN BERBEZA
        *MEMPUNYAI WARNA MYSTICAL PUPLE,EMBONY BLACK,MEDALLION GREY,
          GLITTERING SILVER,PEARL WHITE DAN IVONY WHITE
        #DIJUAL PADA HARGA BERMULA RM43.900 SEHINGGA RM57.400 SEUNIT

No comments:

Post a Comment