penaja

Monday, June 20, 2011

saingan

KUANTAN:
         Lelaki di Pahang dilihat sedang menghadapi "saingan" daripada lelaki warga asing untuk mendapatkan pasangan hidup dan pekerjaan.
Ini berdasarkan nisbah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing di Pahang seperti yang terkandung dalam penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru.

"Bilangan warga asing di Pahang ini memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan, sekaligus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan," kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini yang dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.

Aminah berkata bahawa di Pahang pada masa ini bilangan lelaki dalam umur perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun, ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.

No comments:

Post a Comment