penaja

Sunday, October 16, 2011

MENGESAN KAMERA TERSEMBUNYI & CERMIN 2 HALA


A. Bagaimana Mengesan Kamera Tersembunyi

 di Dalam Bilik Percubaan?

▪ Sebelum masuk ke dalam 'fitting-room'

 pastikan handphone

 anda mampu untuk membuat PANGGILAN

 KELUAR dan

 network coverage cantik. Kemudian setelah

 masuk ke dalam'fitting-room', cuba buat panggilan keluar  

 (miss call pun tak pe) dan lihat apa hasilnya.

Jika anda TIDAK dapat membuat panggilan, itu bermakna

 berkemungkinan ada CCTV ataupun kamera tersembunyi

 berdekatan kerana kabel fiber optik telah menyebabkan
 
gangguan pada network semasa anda cuba untuk membuat

 panggilan keluar. Jadi, berhati-hatilah.

B. Bagaimana Untuk Mengesan Cermin 2 Hala?

▪ Apabila kita masuk ke tandas, bilik mandi, bilik hotel, bilik 

persalinan, dan sebagainya, adakah anda benar-benar yakin 

setiap cermin yang diletakkan disitu untuk melihat wajah anda

 adalah benar-benar cermin sahaja ataupun cermin 2 hala?

 Terdapat kes orang memasang cermin 2 hala untuk tujuan

 mengintai seperti cermin yang terdapat di bilik penyiasatan

 BALAI POLIS.

Ia adalah amat sukar untuk mengenal pasti permukaan

 dengan hanya melihat. Jadi, bagaimanakah caranya?

Mari kita lakukan satu ujian mudah:

Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan

 jika ada RUANG antara kuku anda dan imej kuku, maka ia

 adalah cermin tulen.

▪ Walau bagaimanapun, jika kuku anda terus menyentuh imej

 kuku anda, maka berhati-hatilah. Ia adalah cermin 2 hala

 (mungkin ada seseorang yang sedang melihat anda dari 

sebalik dinding). Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin,

 lakukan "Ujian Kuku." Ia tidak merugikan apa-apa buat anda

 dan ia juga mudah untuk dilakukan.




 kongsi bersama rakan-rakan.......

No comments:

Post a Comment