penaja

Saturday, October 22, 2011

Tragis







Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius.


 Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan


 bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia


 ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong


 sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam

longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.


 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang


 melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka

terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil


 anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak 


bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan


 gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan


 mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya

tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak


 tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa 


belas kasihan.





 Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau


 dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan.


 Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak 


sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga


 merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi.


 Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan 


dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk


 melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau

pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul

tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh


 mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi


 tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan


 keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang


 memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin. Isu 


pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh


 itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan


 agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk


 membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus

bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang


 ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah

prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja,


 selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk


 menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat....




HINDARI MAKSIAT...........................

No comments:

Post a Comment