penaja

Tuesday, August 16, 2011

NAZA akan lancar T73 Sedan tahun depan





KUALA LUMPUR: Kumpulan Naza menjangkakan melancar T73 sedan awal tahun depan, kata Pengarah Pengeluaran Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, Roslan Abd Ghani. 

Beliau berkata, kilang Gurun Naza sedang menunggu mesin pemasangan untuk memasang sedan berkenaan.

"Kereta berkenaan akan dipasang di kilang itu tidak lama lagi.


"Pengeluaran akan bermula pada suku ketiga," kata Roslan pada majlis berbuka puasa bersama anggota media di sini semalam. 

Menurut laporan baru-baru ini, T73 sedan, nama kod kereta itu, adalah berasaskan 308 hatchback dan nama "408" belum dipastikan lagi untuk pasaran Malaysia. 

Roslan berkata, kilang Gurun mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga 50,000 unit setahun menerusi dua giliran kerja. 

Kilang itu kini mengeluarkan 16,000 unit menerusi satu giliran kerja, yang membabitkan 1,000 petugas. 
"Tahun ini, kami mensasarkan sebanyak 16,000 unit, yang ditetapkan Oktober tahun lepas. 

Kami akan mengkaji jumlah terbaik pengeluaran kilang itu untuk tahun depan," katanya.

No comments:

Post a Comment