penaja

Saturday, August 6, 2011

Ugut simbah asid,kerana kucing???


GOMBAK: Hanya kerana seekor kucing, seorang lelaki sanggup mengugut menyimbah asid kepada bekas teman wanitanya selepas hasrat ingin mengambil semula haiwan itu gagal dalam kejadian di kediaman wanita itu di Pinggiran Batu Caves, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun sedang menonton televisyen sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum menerima panggilan telefon daripada bekas teman lelakinya itu.

Menurut sumber, dalam perbualan telefon itu, lelaki terbabit meminta mangsa keluar berjumpa dengannya di luar rumah kerana dia sedang menunggu di depan pintu.
“Pada mulanya mangsa enggan dan menyuruh lelaki itu pulang, namun selepas termakan pujuk rayu, akhirnya dia bersetuju dan membuka pintu rumah.

“Lelaki itu memberitahu tujuan kedatangannya iaitu untuk mengambil semula kucing yang diberi setahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa enggan menyerahkannya dengan alasan lelaki itu tidak pernah mengambil tahu malah dia yang menjaga haiwan itu selama ini.
“Lelaki itu cuba memujuk mangsa, namun tidak berjaya apabila mangsa tetap dengan pendiriannya.

“Geram permintaannya tidak dilayan, lelaki itu memaki-hamun mangsa dan mengugut akan menyimbah asid ke muka wanita itu jika mereka bertemu di luar,”

No comments:

Post a Comment