penaja

Monday, July 4, 2011

rais yang insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rais pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM5 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM100 kepada Rais.



   Rais tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rais menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rais kembali menepuk bahunya dan Rais mendengar bisikan dari pak cik itu,
     
       "Anak", kata pak cik tersebut, duit RM100 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit Anak tadi".

No comments:

Post a Comment