penaja

Thursday, July 21, 2011

Tanggal solekan dalam seminit

PERNAHKAH anda membayangkan betapa mudahnya untuk menanggalkan solekan dalam hanya beberapa saat?
Dengan Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil, solekan kini mudah ditanggalkan lalu menyerlahkan kulit muka yang lebih bersih dalam tempoh kurang seminit. 
Produk berkenaan dirumus dengan minyak zaitun tulen bagi membersihkan kulit dari dalam sambil menghilangkan kotoran dan minyak serta menanggalkan solekan secara lembut.

Minyak zaitun disifatkan bukan saja baik untuk badan, malah sesuai untuk penjagaan muka. Tidak seperti pembersih lain, minyak ini �bebas daripada minyak mineral, sekali gus menjadi salah satu ciri penting dalam produk ini.

Minyak pembersihnya larut dalam air, lembut pada kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak selepas penggunaan. Ia juga tidak memberikan kesan radang pada kulit dan kandungan asid super hyaluronic meningkatkan kelembapan kulit, sekali gus mengekalkannya pada tahap optimum agar kulit lembut dan mulus.

Menariknya, produk ini boleh didapati dalam botol pam yang mudah digunakan dan �tidak tumpah. Ia boleh didapati pada harga RM49.90 dan ada di semua farmasi terkemuka seluruh negara sejak Jun lalu.

No comments:

Post a Comment